OUR PRODUCT

PRODUK KAMI

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Produk

Tuesday 26 September 2017

KENALI UBAT ANDA

Tahukah anda..



Apa itu ubat?

Ubat ialah bahan kimia untuk mencegah, mengawal dan merawat penyakit.


Ubat dibahagikan kepada:

(1) Ubat Am (Over The Counter; OTC)
Kategori ubat ini boleh dibeli tanpa preskripsi di kedai farmasi / kedai biasa.
Contoh: Vitamin, ubat demam.

(2) Ubat Terkawal:
- Ubat terkawal dengan preskripsi
Boleh diperoleh hanya melaui doktor/ ahli farmasi
Contoh: Ubat darah tinggi, antibiotik.

- Ubat terkawal tanpa preskripsi

Boleh diperoleh daripada ahli farmasi.
Contoh: krim, ubat batuk, ubat selsema.

Mengikut Akta Racun 1952 Seksyen 2 dan 19, semua ubat terkawal hanya boleh diperolehi terus daripada doktor dan ahli farmasi yang berdaftar. Preskripsi merupakan arahan bertulis berkaitan ubat dari doktor.


HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

  • Menerima rawatan kesihatan yang baik.
  • Menerima ubat berkualiti, selamat dan berkesan.
  • Mendapat maklumat lengkap berhubung ubat yang digunakan termasuk harga ubat.
  • Membuat pilihan ke atas ubat dan produk kesihatan.
  • Menyuarakan pendapat dan masalah mengikut saluran yang betul. 
  • Mendapat gantirugi yang sewajarnya melalui mekanisme yang sesuai.
  • Mendapat pendidikan kepenggunaan melalui penyebaran informasi.
  • Mendapat alam sekitar yang sihat melalui pelupusan ubat yang selamat.


Pastikan anda patuhi asas 5B dalam konsep pengambilan ubat


  1. Pengguna ubat yang Betul
  2. Ubat yang Betul
  3. Dos yang Betul
  4. Cara pengambilan yang Betul
  5. Masa yang Betul

KEBAIKAN UBAT

  1. Mengawal penyakit. Contoh: Kencing manis, darah tinggi.
  2. Melawan jangkitan. Contoh: Radang paru-paru (antibiotik).
  3. Mencegah penyakit. Contoh: Polio, kancing gigi (vaksin).
  4. Mempercepatkan penyembuhan penyakit: Contoh: Luka, kecederaan.
  5. Merawat penyakit. Contoh: Sakit perut, sakit mata.
  6. Melegakan gejala penyakit. Contoh: Bengkak sendi, sakit kepala, batuk, alahan.

Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut berkenaan ubat-ubatan yang anda ambil.



Rujukan: Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...