OUR PRODUCT

PRODUK KAMI

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Produk

Tuesday 6 September 2016

DIABETES DAN HAKIKAT

Fakta Statistik Diabetes

Mengikut statistik WHO (World Health Organisation), pada tahun 2015 terdapat seramai 422 million orang yang disahkan menghidap diabetes. Unjuruan statistik ini bakal menunjukkan peningkatan sebanyak 50% lagi menjelang tahun 2040 iaitu seramai 600 million orang! Wow! Sungguh menggerunkan bukan?

Apakah itu DIABETES? Ia lebih dikenali dengan penyakit 'kencing manis' atau keadaan di mana paras gula berlebihan dalam darah. Juga dinamakan 'hyperglisemia'.

Metabolisma gula 

Pada keadaan normal, badan kita akan memecahkan gula dan karbohidrat yang kita makan kepada GLUKOS. Glukos adalah sumber tenaga untuk manusia. Tenaga diperlukan untuk fungsi normal organ manusia. Kebanyakan tisu dalam badan boleh menggunakan lemak atau protin sebagai sumber tenaga. Namun demikian, otak dan sel darah merah hanya boleh menggunakan glukos sebagai sumber tenaga. 

Metabolisma glukos bermula dengan pencernaan makanan. Tubuh mempunya tiga hormon yang bertindak mengawal paras gula dalam darah iaitu GLUKAGON, INSULIN DAN EPINEPHRINE. Insulin dirembeskan oleh pankreas apabila paras gula meningkat dan memindahkan gula ke dalam sel. Gula yang berlebihan akan disimpan di dalam organ hati dan otot untuk igunakan apabila diperlukan.

Glikogenolisis

Glukos disimpan dalam bentuk glikogen di dalam hati dan otot. Proses ini dinamakan glikogeneses. Glikogen akan terus disimpan di dalam hati dan otot sehingga paras gula anda rendah dan apabila keperluan tenaga tambahan diperlukan. 

Pada masa paras gula menurun dari tahap normal, hormon epinephrin dan glukagon akan dirembeskan untuk menukarkan glikogen kembali kepada glukos dan proses ini dinamakan glikogenolisis. Sebaik glukos dihasilkan di dalam sel, ia akan ditukarkan kepada tenaga.




DIABETES MELLITUS (DM)

DM adalah penyakit jangka panjang yang kronik yang boleh menggangu kebolehan tubuh menyerap tenaga dalam bentuk makanan. Ada 3 jenis diabetes yang utama iaitu, type-1 diabetes, type-2 diabetes dan gestational diabetes.

Type 1 DM juga dikenali dengan nama 'juvenile-onset DM'. Kebanyakan penghidap berumur 35 tahun ke bawah. DM jenis ini ialah keadaan di mana penghidap tidak dapat menghasilkan insulin sepenuhnya. Ketiadaan insulin dalam tubuh menyebabkan badan tidak dapat mengawal paras gula yang berlebihan dalam badan. Penghidap diabtes jenis ini memerlukan suntukan insulin sepanjang hidup.

Type 2 DM adalah lebih biasa dihidapi apabila seseorang meningkat umur. DM jenis ini, pankreas masih berfungsi merembeskan hormon insulin namun tisu dan sel badan tidak dapt mengenalpasti hormon insulin yang dirembeskan. Ini dinamakan 'kerintangan insulin". Keadaan ini juga biasanhya akann berlaku di kalangan mereka yang mempunyai beerat badan berlebihan atau obese dan mereka yang menghidap darah tinggi. Dalam jangka masa panjang, sekiranya DM tidak dikawal, penghidap jenis ini juga akan terpaksa bergantung kepada suntikan insulin.

'Gestational diabetes' pula adalah DM di kalangan ibu yang sedang hamil.

KOMPLIKASI DIABETES

Memandangkan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat diserap secara efisien oleh sel hati dan otot, ia akan terus berada di dalam darah. Keadaan ini akan merosakkan salur-salur darah yang kecil di buah pinggang, jantung, mata dan sistem saraf. 

Oleh yang demikian, sekiranya diabetes tidak dirawat, ia akan akhirnya menyebabkan penyakit jantung, strok, kerosakan buah pinggang, buta, dan kerosakan saraf terutama di bahagian kaki.

Komplikasi diabetes kepada organ-organ utama manusia


Statistik Diabetes Malaysia.
Sumber: KKM Malaysia














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...